Sunday, 17 August 2014

Persidangan Pemuda Umno P.189 Semporna

Assalammulaikum dan salam sejahtera ...

Segala puji ke atas Allah Ta'ala, tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang. salawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan para sahabat. dengan limpah kurnianya , diberi kekuatan dan kesihatan untuk menulis blog pada kali ini. 

minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk dalam menjalankan tugasan saya masih berpeluang untuk membantu rakan-rakan yang dikasihi membantu menyelaras persidangan pemuda umno P.189 Semporna yang telah dijayakan pada 16/8/2014 9 ( sabtu ). Persidangan ini telah diketuai oleh saudara Hj. Jamil Hamzah (Naib Ketua Pemuda) setelah ketua pemuda, saudara Aziz Jamman telah dipanggil untuk membantu saudara muslim kita di Bumi Gaza yang ditindas dengan kejam oleh bangsa laknat zionis.

dalam persidangan yang pertama kali diadakan ia boleh dikatakan berjaya dan mendapat sambutan daripada perwakilan dan perlaksanaan aturcara program dapat diselaraskan dengan jayanya. namun diakui , terdapat beberapa aspek yang perlu diambil perhatian untuk penambahbaikan bagi memastikan pergerakan pemuda semporna dapat diterima oleh generasi pemuda di Daerah Semporna. 

Saya telah diamanahkan untuk mengetuai pergerakan pemuda sebagai wakil pemerhati persidangan pemuda Umno Tawau yang turut diadakan pada hari yang sama persidangan Pemuda Umno Semporna mengadakannya. Ucapan terima kasih ke atas saudara Arifin Kassim di atas 'hospitality' beliau dan pergerakan pemuda Tawau sendiri semasa kami berada dalam persidangan tersebut. saya turut kagum dengan suasana persidangan yang cukup membuktikan UMNO sebgai parti keramat sudah sebati didalam jiwa para pemuda di Tawau. 

buat masa ini, hanya ini dahulu ulasan saya dan akan dikemaskini nanti. sekian   

Tuesday, 12 August 2014

Rumah Terbuka Pergerakan Pemuda P.189 Semporna

Assalamualaikum

Alhamdullillah sekali lagi diberi kesempatan untuk menulis ruangan blog sekitar rumah terbuka Pergerakan Pemuda P.189 Semporna. Majlis ini telah dianjurkan oleh Pemuda Umno P.189 pada hari raya ke-3 di ruang legar Kolej PolyTech Mara (KPTM) Semporna. Majlis telah diadakan dalam keadaan santai dan bersederhana  untuk meraikan tetamu yang hadir...

beberapa tetamu kehormat telah sudi berkunjung ke rumah terbuka Pemuda Umno Semporna antaranya YAB Dato Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan LuarBandar dan Wilayah - KKLW) dan Isteri, YB Dato Sei Hj Nasir Tun Sakaran (ADUN Senallang merangkap Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah atau SEDCO) dan Isteri serta YB Datuk Dr. Jaujan Hj. Sambakong (Adun Sulabayan)...
 

Sekitar 150 - 200 pengunjung sekitar daerah Semporna telah berkunjung dan turut tidak dilupakan kehadiran Tuan Haji Chaco Hj. Bullah (Pegawai Daerah Semporna) dan keluarga.

Pendekatan mesra yang diterapkan oleh Pergerakan Pemuda Umno P.189 Semporna tanpa mengira bangsa dan agama akan diteruskan untuk memastikan Pergerakan Pemuda khususnya di Daerah Semporna dapat diterima masyarakat. Tahniah diucapkan.
 

Pengalaman Baru Seorang Blogger

Assalamualaikum ...  Semua kepada pengunjung blog ....

Bersyukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana degan izinnya diberi peluang dan ruang untuk mempelajari dan menggunakan blog untuk berkongsi pengalaman serta idea-idea yang diharap mampu memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja. 

saya telah mempelajari dan mengharapkan dapat memanfaatkannya yang bukan sahaja dalam pemahaman saya hanya sekadar menulis atau meletakkan gambar di blog malah lebih dari itu. keseronokan berblog mula terasa dan menikmati pengalaman sebagai seorang blogger.